Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,583
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Egann 8

SELESAI solat subuh. Matahari belum habis menampakkan dirinya, namun sinarannya sahaja cukup untuk menerangi tanah di ufuk timur. Adik beradik itu sudah bersedia nak bergerak keluar dari pekan yang didiami selama lebih lima belas tahun. Beg pakaian sudah dimasukkan ke dalam bonet teksi, dan ditutup. Syafik menepuk bonet itu sekali, lalu menoleh pada Puan Diyana, pada wanita setengah usia yang banyak berjasa pada mereka adik beradik, pada wanita yang dia anggap sebagai ibu kedua bagi mereka adik beradik. Bibir menguntum senyum nipis. Ikhlas sekali.

“Kami nak pergi ni, makcik.” Tangan Puan Diyana diraih, dan disalami. Bak mencari restu si ibu sebelum si anak merantau jauh. Puan Diyana tersenyum lirih, lalu mencium dahi jejaka itu.

“Jaga diri kamu dan Saif baik-baik. Makcik minta maaf sebab tak dapat nak hantar kamu sendiri. Kalau tak pasal kereta makcik masuk bengkel…”

“Salah Saif la sebab rosakkan kereta makcik. Heheh.”

“Salah abanglah yang cadangkan Saif belajar kereta…” Saiful yang duduk di tepi longkang, sempat menyampuk. Geram pula mendengarnya. Syafik mengerling dengan senyum kecil, lalu bergerak ke teksi.

“Kami nak pergi ni. Saif, jom.” Kepala memberi isyarat supaya masuk dalam teksi segera. Adik lelakinya menjuih saja, mengangguk. Tangan Puan Diyana disalami dan satu kucupan ke dahinya juga.

“Jangan buat perangai selepas jumpa ayah kamu, Syafik…” Sempat memberi nasihat. Syafik yang baru nak menarik pintu teksi, terhenti ulahnya. Langkah Saiful yang nak mendekat sama terhenti. “Walau apapun yang terjadi, dia masih ayah kamu. Darah dalam badan kamu tu dari darah dia. Ayah kamu sayangkan kamu, tau…”

“Huh. Tell me about it.” Mata dijuling ke langit. Pintu teksi ditariknya, sedikit kasar.

“Abang…” Saiful menepuk bahu abangnya. Kut ya pun jangan la buat perangai biadab kat auntie….

Puan Diyana tersenyum nipis. “Walaupun ayah kamu begitu tapi dia masih ayah sayangkan kamu. Dia berterima kasih kat makcik sebab tolong jagakan kamu kat sini, malam dia sampai dulu, tahu.”

“Keh. Dia cuma taknak jadi parents, sebab tu berterima kasih kat orang lain sebab jagakan anak dia,” tentangnya lagi. Kata-kata Syafik terhenti bila Saiful menumbuk bahunya. Lebih kuat kali ini. Syafik menghempas nafas, lalu menoleh. Bibir mengukir senyum paksa. “Nanti saya sampaikan salam makcik kat dia. And oh, kirim salam kat anak dara makcik tu. Ajar sikit dia tu jadi muslimah berjaya.”

Terangkat kening Saiful. Ketawa Puan Diyana spontan terlepas. Kepala mengangguk lalu.

“Jaga diri baik-baik.”

Syafik meleret bibir dan duduk di tempat penumpang di hadapan. Saiful menoleh pada janda anak dua itu, dan mengangguk kepalanya sekali. Tanda nak pergi.

“Kirim salam kat Elisa ngan Wani.”

Dan kereta merah kuning itu dipandu pergi, membelah syuruk yang hampir habis menandakan siang.


CAMBRIDGE, USA.

Red lorry yello lorry. Red lorry yellow lorry. Red lorry yellow lorry.”

“Kau cakap apa ni, Saif.”

Tounge twister. Takut mulut Saif beku macam ikan beku dalam freezer.”

“Memang bibir kau macam bibir ikan. Cacat sikit sebab nipis sangat.”

Buk!!

Sakit di bahu belakang ditahan. Bibir yang terasa membeku dibuka keras. Terlepas udara dari mulutnya, dan nampak bentuknya dalam bentuk wap. Bahu Syafik jatuh, melepaskan lagi udara panas dari perut, dan keluar wap itu dari mulut. Bukannya dia suka buat begini berulang kali, tetapi terpaksa! Udara di tanah Cambridge ini sangat sejuk sekarang dan dia boleh rasa frostbite senang-senang menyerang kalau bukan sebab baju sejuk yang menyelimuti tubuhnya sekarang. Setengah mukanya dilindungi dengan mafela tebal yang melilit di leher, dan kepala siap dipadat snowcap. Telinga ditutup dengan penutup telinga berbulu itu, sarung tangan pada tangan, dan kaki turut ditutup.

Serius.

Kejutan cuaca namanya ini. Dari cuaca suam di garisan khatulistiwa sana kepada musim sejuk bersalji di Amerika ini. Syafik mengutuk diri sendiri kerana tidak bersedia dari segi mental. Saiful yang baru keluar dari kedai buku menarik perhatiannya. Pemakaian adiknya sama macam dia. Berselubung dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan pakaian sejuk. Boleh kalahkan ketebalan pakaian orang eskimo agaknya nih. Hahaha.

“Memandangkan ayah di Mount Auburn Hospital…” Saiful bersuara. Tenggelam suaranya ditutup mafela biru itu. Syafik menoleh.

“Kat mana tu?”

“Cambridge…” Mata biru kilat Saiful dilirik pada abangnya. “We need tour guide la nak ke sana…” luahnya perlahan sambil merenung buku panduan perjalanan di tangan.

Where are we now anyway?” soal Syafik pula. Saiful menoleh lagi.

Memang idea ‘bijak’ datang ke sini berdua sahaja tanpa orang dewasa ataupun orang yang lebih berpengalaman dalam aktiviti merantau untuk menemani. Saiful mengeluh perlahan, dan Syafik membuang pandang ke jalan. Mata sempat direhatkan pada bas double decker berwarna merah itu. Google Map di dalam kepala lalu dihidupkan.

Cambridge… Masschusettes. Yang paling dekat ialah New York la kut, tapi kalau nak minta bantuan keluarga di D.C. kat bawah peta New York… dia tidak pasti dia ada nombor mereka. Adeh…. Handphone di dalam poket sweater tebal hitamnya ditarik keluar, dan nombor IDD ayahnya dicari. Mujur dia sanggup mencemar duli meminta nombor ini dari Puan Diyana. Kalau tidak… dia tidak pasti macammana dia nak bermula dan mencari keluarga belah ayahnya itu.

Syafik baru nak melekapkan handphone di telinga bila Saiful bersuara. “Why’re we not taking the cab by the way?”

Syafik menoleh. Saiful mengangkat keningnya.

We’ll let him bring us to the hospital. Easier, kan?”

Then go and find one,” balas Syafik selamba. Saiful mencerun. Elok je dia arahkan kita…. Namun dia menurut jua kemudian bila panggilan telefon Syafik berbalas. Hah. Mujur kedua-duanya boleh berbahasa English, dan mujur juga slanga Amerika bangsa ini difahami. Kalau nak hidup di tanah Scotland, mungkin nak kena bawa kamus yang berisi set pronounciation agaknya.

Saiful berjaya mendapatkan teksi. Kuning warnanya. Syafik pula masih di talian, bercakap dengan wap udara yang tak pernah berhenti meruap setiap kali udara panas dilepaskan dari mulut. Entah dengan siapa si abang itu bercakap, Saiful enggan ambil tahu. Wajah didongakkan ke langit, pada awan yang nampak tebal… dan uuuh….

“Salji….” Tangan di dalam poket sweater digenggam bagi mengekalkan kehangatan. Terasa pergerakan di sebelahnya, lalu dia menoleh. Syafik sedang mendongak ke langit.

“Salji,” tuturnya pendek. Saiful mengangguk. Si abang itu menoleh padanya kemudian. “Abang baru sampai sini dia dah turun dah. Macammana abang nak bawak balik…”

“Bawak balik… apa?”

“Salji…” Ais kecil yang jatuh ke tapak tangan digenggam. Saiful mengerut dahi.

“Salji? Untuk siapa?”

“Tunjuk kat ibu…”

Bertambah lapis kerut di dahi si adik. Lambat-lambat bibir tersenyum kecil. Baru teringat abangnya pernah memberitahu impiannya yang satu ini dahulu. Anak mak sungguhlah abang aku ni. “Alah. Winter kan tempohnya tiga bulan. Bukannya abang balik masa summer kan?”

Syafik diam, menentang pandangan mata redup itu. “Winter sampai bulan apa?”

Dan Saiful merenungnya toya. “I thought you got an A in your Geografi exam…”

“Abang lupa.”

Nafas terhembus. “Soltis musim sejuk… December sampai Februari.”

Syafik mengangguk, mendongak lagi. “So I should be back before then la… ahah. Kena balik lagi awal la. Sekolah bukak awal bulan Januari kan? Takkanlah kau nak ponteng sekolah kut. Abang takpe… tengah cuti…” Sengih. Saiful yang mendengar tersenyum kecil.

“Dah habis dengan your call?”

“Macam yang kau tengok lah.” Bahu dijungkit.

Call sapa tadi?”

Aunt Auny.”

Lagi dengan nama insan yang tidak dikenali itu. “Jadi?”

She’s in Tenleytown.” Adiknya dijeling. Nyata muka blur. “Longfellow… ah, D.C. la pendek katanya. She’ll come here. Meeting spot kat Connecticut. Bagitau kat pakcik tu.”

Saiful mengerut dahi, kurang faham. “Dari D.C. ke NY, berapa lama kita nak tunggu dia kat sana?”

“Alah. Kapal terbang kan ada.” Syafik dah bergerak dahulu, mendapatkan luggage di hujung kerusi tepi jalan. Berkerut lagi dahi si adik. Lambat-lambat dia mengekori. “Nice job finding us a cab,” ujar Syafik, menoleh pada adiknya dengan senyum. Teksi kuning itu ada di hujung jalan sana, dan si pemandunya tiada dek urusan sendiri buat masa ini. Saiful menjungkit bahu saja.

“Harap urusan kita kat sini berjalan dengan lancarlah…” Sempat bertawakal.

“Hahah. I’m just glad we didn’t overlooked about the sweater.” Memang dia hampir-hampir lupa kalau bukan sebab pakcik teksi di KLIA yang sibuk bertanya lokasi penerbangan mereka dan seterusnya mengingatkan tentang krismas yang menjelang. Musim sejuk dan salji! Lalu baju sejuk dibeli ketika itu juga. Dan sempat menjadi pembeli yang banyak demand.


“APESAL pulak takda muffler merah? Kau dapat yang biru, naper abang tak dapat yang merah?!”

“Alah, abang pakai je la. Bukannya penting pun warna mana yang nak dipakai.”

“Kau dapat warna kau, tak apa la cakap macam tu. Lagi-lagi abang dah pun beli sweater hitam. Takkan nak gandingkan dengan muffler hitam jugak? Kau ingat abang nak shooting Man in Black?! Even so, go tanned your skin colour la lil’ brother!”

“Abang… Man in Black bukannya adik beradik… dan kenapa pulak you’re being so leceh macam orang pompuan ni?” Malas melayan.

“Duh. Fashion-wise, black muffler and black sweater obviously tak match.”

“And is it really you to worry about not being well-coordinated?”

“Ni la yang kita panggil alah membeli menang memakai, Saif…” Sengih.

Mengeluh si adik lalu. “Blah la abang…” Memang Saiful baru nampak side abangnya yang ini. Aku tak pernah tahu dia jenis yang leceh begini… dan dia ke nak bercakap pasal fesyen?. Badi kutuk Elisa ke apa? Matahari dah terbit belah barat? Eiii… simpang malaikat 44.


PUNGGUNG dilabuh pada kerusi itu. Menunggu si pemandu. Saiful pula duduk di sebelah abangnya. Telapak tangan dengan sarung tangan biru muda itu dibuka, menerima salji yang turun dari langit di tangannya. Lalu digenggam. Mata dibawa ke langit. Tidak nampak matahari.

I miss Malaysia already…” Rindu hangatnya matahari di Malaysia. Duduk di perhentian bas dan merungut tentang bahang jalan raya yang dibakar terik matahari. Aduh. Menyesal pula bila teringat rungutan-rungutan itu.

Syafik menoleh, tersenyum kecil. “Menyesal tinggalkan Malaysia? Atau menyesal berimpian nak pegang salji semasa kecil?”

Memang tidak dinafikan impian setiap kanak-kanak di garisan khatulistiwa untuk memegang salji. Musim yang cuma musim panas dan musim hujan itu membuat setiap kanak-kanak akan kepingin pada salji seperti yang ditunjukkan dalam televisyen, tidak dinafikan. Dan Syafik juga tidak menafikan, betapa dia hendak balik sekarang dan mengadap matahari sampai kulit terbakar. Salji terlalu sejuk!! Sangat sangat!

Saiful ketawa kecil, tidak menafikan. “Takpe la kan? Alang-alang dah sampai sini. Berada dalam culture orang asing…” Mata dialihkan di sepanjang jalan. Melihat macammana masyarakat menghias jalan dengan lampu-lampu sempena krismas tidak lama lagi. Bibir tersenyum nipis. “Malam-malam mesti cantik ni…”

“Ala. Tak boleh kalah malam tujuh likur kat kampung.”

Says someone yang membebel tiap kali kena paksa balik kampung.”

At least I fall in love dengan suasana kampung akhirnya.”

“Memang. Bersyukur sangat. Kalau tak ibu tak tahu apa nak dibuat ngan abang. Duduk kampung taknak. Kalau ditinggalkan kat pekan, gaduh ngan Eli pula.”

“Kau ni bising la Saif.” Syafik menoleh dengan mata mencerun. Saiful mengerling, tersengih nipis. Lelaki berambut panjang itu melepaskan nafas keras, lalu langit yang nampak tebal direnung lagi. “I only hope thatwe can go back together…” bisiknya perlahan.

Terkelip si adik. “Naper bercakap macam kita takkan balik bersama?”

Syafik tersenyum kecil sambil mengerling. “It’s just a hunch.”

I don’t like it. Kita pergi bersama, balik bersama la.” Muncungnya. Si abang merenung wajah adik lelakinya itu. Muka serius. Ketawa kecil dilepaskan kemudian.

“Ye la…” Kepala Saiful yang bertutup dengan snowcap diramas kasar. Terganggu kedudukan snowcap itu hingga menutup pandangan si adik. Saiful mendesis perlahan, menolak semula topi itu ke atas, membenarkannya memandang si abang yang dah berdiri di sebelahnya. Salji yang turun di latar belakang, membuat jejaka itu membeku seketika saat memandang abangnya sekarang. Syafik sedang tersenyum ke seberang jalan sana. Saiful lalu menundukkan wajahnya. Hati tiba-tiba terdetik atas alasan yang tidak diketahui.

“Jom. Driver teksi tu dah panggil.” Suara garau Syafik bergema, mengejutkan Saiful dari lamunan pendek. Si adik mengangguk, lalu bangun. Luggage dicapai, dan langkah Syafik di hadapan diekori. Kepala sempat ditoleh ke belakang, pada jalan raya lurus di hadapannya. Saiful membuang nafas dan terkumpul haba dari mulutnya pada mafela bergaris putih biru yang dipakainya. Hangat. Pandangan lalu meredup pada horizon di hujung jalan sana.

Looks like it’s a long road ahead….

Previous: Egann 7
Next: Egann 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.